Sunday, January 10, 2010

Laverage and Margin

Leverage
Leverage adalah seperti kita meminjam wang dalam jumlah tertentu dari broker dengan memberikan sejumlah jaminan yang dinamakan dengan Margin.

Leverage ada beberapa jenis:
1:1 bererti wang jaminannya = nilai kontrak (100%)
1:50 bererti wang jaminannya 2% dari nilai kontrak
1:100 bererti wang jaminannya 1% dari nilai kontrak
1:200 bererti wang jaminannya 0.50% dari nilai kontrak
1:400 bererti wang jaminannya 0.25% dari nilai kontrak
1:500 bererti wang jaminannya 0.20% dari nilai kontrak

Jaminan (Margin)
Jaminan (margin) akan dikembalikan ke portfolio account balance anda setelah posisi order anda ditutup (close).

Perhitungan Margin
Untuk Matawang Indirect (USD/JPY, USD/CHF, USD/…) :
Lot x 100,000 x % Margin.
Contoh:
Buy 0.3 lot USD/JPY pada harga 121.07, dengan leverage 1:200
= 0.3 x 100,000 x 0.5% = $150

Untuk Matawang Direct (GBP/USD, EUR/USD, …/USD) :
Lot x 100,000 x % Margin x Market Price
Contoh:
Buy 2.1 lot EUR/USD pada harga 1.3010, dengan leverage 1:500
= 2.1 x 100,000 x 0.2% x 1.3010 = $546.42

Untuk Matawang Cross Rate (GBP/JPY, EUR/GBP, dan matawang lainnya yang bukan berbanding dengan USD) :
Margin untuk Cross Rate adalah dikira dari Base Currency (dari matawang yang di hadapan)
Contoh:
(GBP/JPY) = Base Currencynya adalah GBP
Buy 1.5 lot GBP/JPY di harga 242.65, dengan leverage 1:500 (misal di saat itu harga GBP/USD
= 2.0360) = 1.5 x 100,000 x 0.2% x 2.0360 = $610.8

Penggunaan Leverage & Margin
Leverage 1:500 dan anda ingin membeli $100,000 USD/JPY (bersamaan 1 lot regular),
Anda tidak perlu mengeluarkan modal sebesar $100,000 tersebut tetapi anda cukup mengeluarkan modal jaminannya saja iaitu 0.2% daripada $100,000 iaitu $200 saja.
Dan bila anda mendapatkan profit dari transaksi tersebut, maka hasil yang anda dapat akan sama besarnya dengan bermodal sebenar $100,000 tanpa leverage. Dan bila rugi pun, anda juga hanya rugi sebesar $200 dan bukan $100,000.

Anda juga boleh menghadkan kerugian dengan penggunaan Stop Loss.

Jangan keliru antara leverage dan volume/lot
Leverage tidak mempengaruhi nilai pips
Lot /Volume yang menentukan nilai setiap pips

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 Blog Marketiva Forex
Edit Theme by Rumah Online